Home Dunia AS beku bantuan 300 juta kepada Pakistan

AS beku bantuan 300 juta kepada Pakistan

WASHINGTON – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) bercadang untuk tidak memberikan dana sebanyak AS$300 juta (RM1.2 bilion) kepada Pakistan kerana tidak mempunyai ‘persefahamaan’ terhadap strategi serantau.

Agensi melaporkan, AS mendakwa Pakistan mengabaikan dan sengaja enggan berkolaborasi dengan kumpulan yang melancarkan operasi ke Afghanistan dari kawasan selamat di sepanjang sempadan negara.

AS dikatakan mendesak Pakistan untuk memusnahkan kubu kuat militan di negara itu, dan menggantung ratusan juta bantuan keselamatan kepada Islamabad bermula awal tahun ini. 

Menurut jurucakap Pentagon, ketika ini pihaknya sedang menunggu kata putus daripada Kongres seandainya cadangan untuk membekukan bantuan tersebut kepada Pakistan ketika ini.

“Tindakan kurang tegas Pakistan dalam menyokong Strategi Asia Selatan menyebabkan bantuan sebanyak AS$300 juta yang diberikan selama mungkin akan dibekukan oleh Jabatan Pertahanan.

“Dana itu mungkin digunakan untuk kepentingan dan keutamaan lain ketika ini. Kami sedang dan akan berterusan Pakistan untuk menyasarkan untuk melancarkan serangan ke atas kumpulan-kumpulan pengganas,” katanya.

Kumpulan-kumpulan ini mengancam kerajaan Afghanistan yang disokong AS dan telah menyerang dan membunuh banyak tentera Amerika yang dihantar ke sana setelah serangan 11 September 2001. – MalaysiaGazette