Home Politik PH gagal bawa suara rakyat di DUN Selangor

PH gagal bawa suara rakyat di DUN Selangor

Tan Chee Teong
Tan Chee Teong

BALAKONG – Pakatan Harapan (PH) di Selangor didakwa gagal dalam membawa suara rakyat negeri itu di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Malah, wakil rakyatnya juga tidak memandang berat kepentingan sidang DUN dan leka dalam menunaikan tanggungjawabnya, kata calon MCA, Tan Chee Teong.

Buktinya kata beliau, apabila sebanyak 420 soalan yang dikemukakan kepada speaker dewan itu datangnya daripada ADUN pembangkang dan bukan daripada wakil rakyat PH.

“Alasan yang diberi adalah, kerana kebanyakan ADUN Pakatan masih baru, dan tidak tahu prosedur yang betul, dan terlepas tempoh untuk menyerahkan soalan mereka.

“Saya rasa alasan ini tidak boleh diterima. Semua ADUN akan menerima notis mesyuarat dan dokumen-dokumen berkaitan, termasuk cara dan tarikh akhir menyerahkan soalan.

“Jadi, ahli-ahli DUN ini, mungkin tidak membaca notis tersebut. Apa yang lebih mengecewakan adalah, bukan hanya satu atau dua gagal serah soalan, tetapi kebanyakan mereka tidak. Ini tidak boleh diterima,” katanya kepada media di sini hari ini.

Chee Teong berkata, sebagai ADUN, mereka sepatutnya mengemukakan soalan, membahas dan menggubal undang-undang.

Bagaimanapun katanya, jika mereka gagal berbuat demikian tidak ada apa lagi boleh diharapkan kepada sesesorang ADUN yang gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya itu.

Dalam pada itu berliau mendakwa, kerajaan PH cuba menunjukkamn bahawa diri mereka terlalu kuat hingga mengambil ringan sokongan rakyat kepada mereka dahulu serta tidak serius dalam menjalankan amanah.

Katanya, pembangkang di Selangor harus diperkuatkan meskipun ketika hanya lima kerusi sahaja berbanding 50 diduduki oleh PH.

“Mana-mana kerajaan harus berasa takut terhadap pembangkang. Hanya dengan cara ini, kita boleh memastikan kerajaan membuat kerja, dan melaksanakan janji mereka.

“Sebagai calon MCA PRK Balakong, saya meminta penduduk mengundi saya. Ia bukan sahaja satu kemenangan bagi saya, atau untuk MCA, tetapi untuk semua rakyat Selangor.

“Sistem dua parti yang sihat akan menjamin semak dan imbang, antara kerajaan dan pembangkang, dalam DUN Selangor,” ujarnya. – MalaysiaGazette