
KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sebanyak 6 peratus kepada penggunaan elektrik melebihi 600 kWj.
Penguatkuasaan ke atas cukai itu mulai 1 September.
Dalam notis kepada pelanggan, TNB memberitahu, penggunaan elektrik yang ditetapkan itu bersamaan RM231.80 untuk kategori domestik (kediaman) bagi tempoh pembilan 28 hari dan ke atas.
Katanya, bagi bil bulan Ogos/September 2018, caj SST akan ditentukan berdasarkan penggunaan elektrik mulai 1 September yang dikira secara pro-rata. – MalaysiaGazette