Home Nasional Dzulkefly enggan ulas hukuman sebat

Dzulkefly enggan ulas hukuman sebat

Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad (dua kiri) melawat pameran pada majlis Perasmian Persidangan Saintifik Sains Kesihatan Bersekutu Ke-12 di Hotel Tanera, Bangi, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 04 SEPTEMBER 2018.

BANGI – Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad enggan mengulas mengenai hukuman sebat ke atas dua wanita yang didapati bersalah melakukan hubungan sejenis di Terengganu semalam.

Katanya, beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat, bergantung kepada keperluan. 

“Minta maaf saya tidak boleh (komen). Saya akan keluarkan kenyataan kemudian. Dalam waktu yang terdekat kalau saya perlu untuk (keluarkan),” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas perasmian Persidangan Saintifik Kesihatan Bersekutu Kali Ke-2 Tahun 2018. 

Semalam, hukuman sebat enam kali dijatuhkan kepada tertuduh yang berumur 32 dan 22 tahun itu selepas pegawai perubatan mengesahkan tahap kesihatan mereka. 

Hukuam tersebut dilakukan di hadapan lebih 100 saksi  termasuk pengamal media, keluarga dan peguam syarie.

Selain itu kedua-duanya turut didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda.

Untuk rekod, kedua-dua tertuduh didapati cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun, 1.50 tengahari pada 8 April lalu. – MalaysiaGazette