SINGAPURA – Harga minyak Amerika Syarikat melonjak dalam dagangan hari ini selepas dua platform minyal di Teluk Mexico ditutup bagi persediaan menghadapi taufan.
Niaga hadapan minyak Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada harga AS$70 setong, naik AS$0.24 berbanding harga penutup.
Bagaimanapun, Brent susut dan diniagakan kepada AS$78.10 setong, susut AS$0.05.
Penyusutan itu disebabkan India membenarkan syarikat penapis minyak negara itu mengimport minyak Iran jika Tehran mengatur penghantaran kapal tangki.
Sebahagian besar kapal antarabangsa telah berhenti mengangkut minyak Iran kerana sekatan kewangan Amerika Syarikat terhadap Teheran menghalang firma-firma daripada menginsuranskan kargo.
Menjejaki langkah China, yang mana pembeli mengalihkan hampir kesemua minyak import Iran ke kapal milik National Iranian Tanker Co (NITC).
Ini bermakna dua pengimport terbesar Asia akan meneruskan pembelian minyak Tehran meskipun mendapat tekanan dari Amerika Syarikat untuk mengurangkan tempahan. – MalaysiaGazette