Home Sukan Terbuka AS: Novak Djokovic ke suku akhir

Terbuka AS: Novak Djokovic ke suku akhir

Djokovic pemain ke10 rangking dunia
Novak Djokovic berjaya mara ke suku akhir Tenis Terbuka AS semalam.

NEW YORK – Novak Djokovic menundukkan Joao Sousa 6-3 6-4 6-3 untuk mara ke suku akhir Tenis Terbuka Amerika Syarikat semalam.

Pada aksi suku akhir, Djokovic akan menentang Roger Federer.

Pemain Serbia berusia 31 tahun itu bergelut pada set ketiga dan meninggalkan gelanggang untuk mendapatkan rawatan selepas mendahului pemain Portugal 2-1.

Juara berganda Wimbledon itu tidak pernah kalah kepada lawannya yang menduduki rangking ke-68 dunia.

Djokovic tidak pernah gagal ke separuh akhir Terbuka AS sejak 2006.

Dia akan berdepan Federer jika juara 20 kali Grand Slam itu berjaya menundukkan pemain Australia John Millman.

Walaupun menang straight set, Djokovic tidak selesa dengan aksi tersebut dan menerima rawatan di luar gelanggang.

“Saya bukan lagi berusia 21 tahun, tetapi saya tidak tua juga, namun terdapat putaran biologi yang tidak akan memihak kepada keinginan kamu,” katanya. – MalaysiaGazette