Tiada Lagi Rundingan ECRL di Selangor – Ng Sze Han | EdisiMG 4 September 2018

Tiada rundingan pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dilakukan di antara Kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan Persekutuan susulan semakan dan kajian semula projek itu masih berjalan sejak 9 Mei lalu.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, sekiranya projek ECRL dipertimbang untuk dilaksanakan, beberapa syarat perlu dipatuhi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) antaranya iaitu jajaran laluan ECRL perlu dibina sejajar dengan Lebuh Raya Karak sedia ada.

Tambah Ng Sze Han lagi , pihaknya perlu mendalami dan menyelesaikan isu-isu berkaitan tanah penduduk kampung yang terlbat dari semasa ke semasa serta mengemukakan permohonan pembangunan kepada kerajaan negeri.