‘Tindakan Tommy Ada Konflik Kepentingan’ – Abu Backer Sidek | Edisi MG 4 September 2018

Pengamal undang-undang, Datuk Abu Backer Sidek hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menuntut Peguam Negara, Tommy Thomas dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud disiasat atas tuduhan salah gunakuasa apabila menggugurkan pertuduhan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Datuk Abu Backer Sidek hadir ke SPRM hari ini untuk membuat aduan rasmi terhadap peguam negara dan terhadap Datuk Mohd Masri Daud yang mengendalikan kes tersebut serta mendedahkan tindakan Tommy jelas mempunyai konflik kepentingan apabila sebelum ini merupakan peguam peribadi Guan Eng selama lebih 10 tahun.

Sebagai peguam, Datuk Abu Backer Sidek berkata, keputusan membebaskan Lim Guan Eng tanpa perbicaraan selesai telah menghilangkan kepercayaannya kepada institusi kehakiman dan berdasarkan siasatan beliau dengan 50 orang peguam yang membuat siasatan kes ini jelas dan nyata Lim Guan Eng dan Pang Li Khoon melakukan salahgunakuasa.