Home Nasional Tommy Thomas bekas peguam peribadi Guan Eng lebih 10 tahun?

Tommy Thomas bekas peguam peribadi Guan Eng lebih 10 tahun?

Datuk Abu Backer Sidek
Datuk Abu Backer Sidek

PUTRAJAYA – Pengamal undang-undang, Datuk Abu Backer Sidek hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menuntut Peguam Negara, Tommy Thomas dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud disiasat atas tuduhan salah gunakuasa apabila menggugurkan pertuduhan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang. 

Katanya, Tommy Thomas khususnya jelas tidak mempunyai intergriti apabila menyelamatkan Lim Guan Eng bersama-sama seorang ahli perniagaan Phang Li Koon. 

“Tujuan saya hari ini hadir ke SPRM untuk membuat aduan rasmi terhadap peguam negara dan terhadap Datuk Mohd Masri Daud yang mengendalikan kes tersebut yang saya difahamkan daripada SPRM,” katanya kepada pemberita sebelum masuk ke Ibu Pejabat SPRM sebentar tadi. 

Beliau mendedahkan tindakan Tommy jelas mempunyai konflik kepentingan apabila sebelum ini merupakan peguam peribadi Guan Eng selama lebih 10 tahun. 

“Apabila Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara saya telah merasa perkara ini akan berlaku, maka pada pada 5 Jun 2018 saya terus ke SPRM membuat satu aduan lanjutan di mana aduan itu saya menyatakan.

“Saya ingin mendedahkan hari ini Tommy Thomas adalah oeguam peribadi Lim Guan Eng selama kebih 10 tahun, saya cabar dia untuk menafikannya dan saya akan keluarkan bukti.

“Kerana itu Guan Eng bersungguh-sungguh hendak Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, Perdana Menteri mengiyakannya.

“Firmanya adalah peguam yang banyak mengendalikan banyak hal ehwal Lim Guan Eng sebelum ini.

“Sebab tu saya membuat aduan saya mahu siasatan terpeirinci dibuat kepada Tommy Thomas yang pada saya telah menyalahgunakan kuasa kerana telah membebaskan anak guamnya,” tambahnya yang mencabar Tommy untuk tampil menafikan sebelum bukti untuk menguatkan dakwaannya itu didedahkannya.

Sebagai peguam, Abu Backer berkata, keputusan membebaskan Guan Eng tanpa perbicaraan selesai telah menghilangkan kepercayaannya kepada institusi kehakiman.  

“Berdasarkan siasatan saya dengan 50 orang peguam yang membuat siasatan kes ini jelas dan nyata Lim Guan Eng dan Pang membuat salahgunakuasa.

“Saya turut menghormati institusi kehakiman, walaupun saya sebagai peguam dah hampir hilang kepercayaan, saya rasa nak koyak sijil guaman saya. Saya tidak tahu apa jadi dengan mahkamah,” ujarnya.

Seperi desakan pelbagai pihak selepas keputusan diumum mahkamah semalam, Abu Backer turut mendesak Tommy Thomas meletakkan jawatan sebagai Peguam Negara.

Pada April 2016 Abu Backer menyerahkan bukti kepada SPRM dan Pejabat Peguam Negara tentang pembelian rumah banglo di bawah harga pasaran melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.