Home Ekonomi Harga minyak dunia jatuh

Harga minyak dunia jatuh

Gambar hiasan. foto Getty Images

SINGAPURA – Harga minyak jatuh dalam dagangan hari ini ekoran kesan ribut tropika yang melanda pantai pengeluaran Teluk Amerik Syarikat.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$69.34 setong pada 0036 GMT, susut AS$0.53 atau 0.8 peratus berbanding hari penutup.

Sementara Brent pula jatuh sebanyak AS$0.34 kepada AS$77.83 setong.

Harga bahan bakar itu melonjak pada hari sebelumnya selepas platform minyak dan gas Amerika Syarikat di Teluk Mexico ditutup akibat taufan tropika Gordon melanda rantau itu.

Bagaimanapun, ribut itu beralih ke arah timur pada lewat Selasa, mengurangkan ancaman kepada pengeluar di bahagian barat teluk dan kebanyakan loji penapis di Pantai Teluk. – MalaysiaGazette