KUALA LUMPUR – Dua anak lelaki Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd., Nazrin Hassan ditahan malam tadi bagi siasatan kes pembunuhan Nazrin Hassan.
Mereka ditahan selepas tanda tusukan ditemui pada leher Nazrin yang konsisten dengan anak panah, menurut laporan Malay Mail Online yang memetik sumber sebagai berkata.
“Mereka ditahan untuk siasatan itu, dipercayai mereka terlibat dalam memanah dan ada petunjuk lain susulan soal siasat dengan ibu bapa mereka yang membawa kepada penangkapan mereka,” kata sumber itu.
Kedua-dua mereka ditahan kira-kira pukul 9.30 malam tadi.
Balu Nazrin, Samirah Muzaffar telah ditahan reman selama tujuh hari awal minggu ini untuk siasatan kematian suaminya.
Turut ditahan bekas suami Samirah.
Awal bulan ini polis mengesahkan kematian Nazrin diklasifikasikan sebagai kes bunuh.