KABUL – Seramai 20 orang maut manakala 70 lagi cedera dalam kejadian dua pengeboman berani mati di sebuah kelab tinju di ibu negara Afghanistan.
Pengeboman pertama mengorbankan empat orang di dalam kelab itu dan insiden kedua berlaku apabila kereta polis dibom ketika sedang memberi bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam pengeboman sebelumnya.
Mereka yang maut termasuk dua wartawan dari rangkaian media Tolo.
Serangan itu berlaku di daerah yang dikuasai oleh pengaruh syiah.
Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab. Tetapi seragan seumpama itu pernah dilakukan oleh Kumpulan IS di daerah Dasht-e-Barchi.
Kabul adalah antara bandar ketiga paling bahaya di dunia yang pernah diisytiharkan untuk pengamal media. – MalaysiaGazette