Home Utama Pertama kali KJ setuju dengan Tun M

Pertama kali KJ setuju dengan Tun M

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin secara terang terangan bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri berhubung hukuman sebat ke atas pasangan sejenis di Terengganu baru-baru ini.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin secara terang terangan bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri berhubung hukuman sebat ke atas pasangan sejenis di Terengganu baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin secara terang terangan bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri berhubung hukuman sebat ke atas pasangan sejenis di Terengganu baru-baru ini.

“Yang ini saya setuju,” katanya ringkas di Twitter.

Ini kali pertama Khairy atau KJ setuju dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung satu-satu isu.

Awal hari ini, Dr Mahathir berkata hukuman sebat yang dilaksanakan ke atas dua wanita yang cuba melakukan hukuman seks sejenis itu tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa oleh agama Islam.

Malah katanya, memandangkan ia adalah kes pertama bagi mereka, sepatutnya Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu perlu memberi nasihat dan tidak seterusnya melakukan (hukuman) sebat sehingga diketahui oleh seluruh negara.

“Sebab itu, Kabinet berpendapat kalau pun ada kes-kes yang semacam ini, pertimbangan hendaklah diberi kepada keadaan tertentu, yang mana dalam Islam kita boleh menjatuhkan hukum yang lebih ringan sementara kita memberi nasihat dan sebagainya,” katanya dalam Facebook rasminya hari ini.

Pada Isnin lalu, Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman enam kali sebatan kepada dua wanita yang didapati bersalah melakukan hubungan sejenis.

Perkara itu dijalankan di bilik mahkamah Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu dengan menggunakan seorang pegawai penjara wanita berbadan besar untuk tujuan itu.

Kedua-dua wanita, masing-masing berusia 32 dan 22 tahun dihukum setelah didapati cuba melakukan hubungan seks dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun, 1.50 tengah hari pada 8 April lalu. -MalaysiaGazette

Baca Selanjutnya:

Hukuman sebat beri gambaran buruk kepada Islam – Dr Mahathir

Tidak setuju hukuman sebat syariah pandangan peribadi Khairy

Hubungan sejenis: Dua wanita disebat enam kali di Mahkamah Syariah Terengganu

Hukuman sebat pesalah lesbian berlaku secara adil

Kes lesbian: Jangan hina, aibkan pesalah : Hakim Syarie

Hukuman sebat selaras hasrat Mahathir mahu al-Quran dijadikan panduan – Pas

Tidak perlu berlumba-lumba tunjuk Islamik – Mujahid