TERKINI : HSR Tangguh hingga Mei 2020, Malaysia Tanggung kos RM45.1 juta

Kerajaan Malaysia dan Singapura hari ini bersetuju menangguh projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) sehingga 31 Mei 2020.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Malaysia akan membayar kos penangguhan itu sebanyak SD15 juta (RM45.1) dan pembayaran akan dibuat pada Januari 2019.

Jelas beliau, penangguhan projek HSR itu diminta oleh Malaysia dan negara jiran itu bersetuju atas semangat kerjasama dua hala.