
KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia mengumumkan hari Isnin akan menjadi cuti umum pengganti untuk meraikan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, yang jatuh pada hari Ahad.
Cuti umum pengganti tidak dikenakan di empat negeri Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu kerana pada hari Ahad adalah hari bekerja bagi negeri-negeri tersebut.
Oleh itu, tidak ada cuti pengganti yang diperlukan untuk negeri-negeri ini memandangkan hari Ahad ini adalah cuti umum bagi negeri-negeri tersebut. – MalaysiaGazette