KUALA LUMPUR – Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor menafikan penahanan dua remaja yang dikaitkan dengan kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan.
“Laporan itu tidak betul,” katanya menurut laporan NST.
Sebaliknya, Mazlan berkata, jumlah individu yang ditahan berhubung kes itu kekal dua orang.
Sebelum ini, sebuah media berbahasa Inggeris melaporkan dua remaja ditahan bagi siasatan kes kematian Nazrin.
Dalam laporan itu, dua remaja berkenaan ditahan pada pukul 9.30 malam selepas forensik menemui dua tusukan pada leher mangsa.
Selasa lalu, polis reman balu Nazrin dan bekas suaminya selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Nazrin yang meninggal dunia pada 14 Jun lalu selepas bilik di kediamannya di Petaling Jaya terbakar.
Cradle Fund Sdn. Bhd. memaklumkan kematiannya disyaki akibat letupan telefon bimbitnya yang sedang dicaj.
Bagaimanapun, polis kemudian mengklasifikasikan kematian Nazrin sebagai kes bunuh selepas laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesan petrol di tempat kejadian. – MalaysiaGazette