Home Seni Hidup Erra sambut hari jadi Shahir

Erra sambut hari jadi Shahir

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Erra Fazira menyambut hari lahir penyanyi Shahir yang selama ini dikaitkan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengannya.

Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, Erra berkongsi foto sambutan hari lahir yang dipercayai disambut buat Shahir.

Ibu tunggal kepada seorang anak itu turut menulis ucapan kepada lelaki berusia 30 tahun itu.

Erra, 44, juga berdoa agar Shahir menjadi seorang yang lebih matang serta mencapai apa yang dihajati selama ini.

“Selamat ulang tahun Chor (Shahir). Semoga panjang umur dan diberi kesihatan baik. Dengan penambahan usia, moga bertambahlah kematanganmu.

“Saya doakan awak kurus saiz S dan ‘sado’ macam diimpikan. Awak boleh Chor,” tulisnya yang memanggil Shahir dengan panggil Chor.

Selain itu, Erra turut mengucapkan terima kasih kerana Shahir telah menjadi teman yang istimewa dan prihatin terhadapnya.

“Terima kasih kerana menjadi teman yang prihatin dan baik buat saya serta seluruh teman,” tulisnya lagi.

Apa pun, foto mesra dan ucapan istimewanya kepada Shahir itu menunjukkan seolah-olah mereka kini sedang menjalinkan hubungan cinta.

Namun sehingga kini kedua-duanya hanya memberitahu mereka teman tapi mesra. – MalaysiaGazette