Home Nasional Ibrahim Ali: Sebat syariah dapat perkenan Raja-raja, apa nak kecoh

Ibrahim Ali: Sebat syariah dapat perkenan Raja-raja, apa nak kecoh

Dr Ibrahim Ali
Dr Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), menggesa agar orang bukan Islam agar mendiamkan diri dan tidak membuat sebarang komen mengenai pelaksanaan bukannya sebat Syariah yang dijalankan kerajaan negeri Terengganu awal minggu ini.

Menuntut beliau, rakyat yang tidak faham akan pelaksanaan itu tidak perlu gelojoh untuk mengkritik dan perlu memahami hukum itu terlebih dahulu.

“Isu sebatan syariah di Terengganu sepatutnya tidak menjadi kecoh, ia kecoh sebab orang tidak faham berkaitan hukum Islam.

“Saya mintak mereka yang tidak arif termasuk bukan Islam dan liberal elok tidak gelojoh dan tidak respon dengan emosi, baik diam.

“Soal sebatan ini yang dipersoalkan katanya zalim, makanakala sebatan sivil sudah lama dilaksanakan, tidak bising pulak,” katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Ibrahim Ali menjawab pertanyaan media mengenai pelaksanaan hukuman sebat terhadap pasangan lesbian di Terengganu.

Pada Isnin lalu, dua wanita berusia 32 dan 22 tahun dikenakan hukuman sebat selepas didapati bersalah cuba melakukan hubungan sejenis di dalam sebuah kereta, April lalu.

Jelasnya lagi, masyarakat bukan Islam tidak perlu membuat pelbagai tohmahan terhadap Islam kerana pelaksanaan itu sudah termaktub dalam undang-undang Islam yang menjadi agama rasmi negara ini.

“Sebatan syariah dibawah Raja-raja Melayu. Ketua agama Islam adalah raja, apabila mereka laksanakan sebatan syariah bererti sudah mendapat restu Sultan, kita persoalkan berti mempersoalkan kewibawaan raja-raja Melayu,” katanya lagi. -MalaysiaGazette