KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mendapat ketua eksekutif yang baharu apabila penyandang jawatan itu, Tan Sri Lodin Wok meletakkan jawatan berkuatkuasa hari ini.
Perkara itu disahkan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dalam satu kenyataan dengan turut memberitahu, jawatan lain yang turut dilepaskan iaitu Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan-Perbadanan LTAT.
Menurutnya, perbincangan untuk mencari pengganti bagi jawatan itu telah diadakan pada 30 Ogos lalu.
Beliau telah bersetuju dengan syor Lembaga Pengarah LTAT untuk melantik Nik Amlizan Mohamed untuk menjadi pengganti bagi jawatan berkenaan yang berkuatkuasa hari ini. – MalaysiaGazette