KUALA LUMPUR – Pakatan Ekonomi dan Dakwah (Pack-Ecdah) berpendapat hukum rotan pesalah lebih adalah sah oleh Mahkamah Syariah di Terengganu baru-baru ini.
Jurucakap Pack-Ecdah, Datuk Seri Dr. Mustapa Kamal Maulut berkata, ini kerana hukuman itu diwartakan dan sebatan adalah masih dalam ruang lingkup kemanusiaan.
“Hukuman sebatan itu adalah daripada istilah takzir yang terkandung dalam institusi Mahkamah Syariah.
“Sebatan di khalayak ramai dan bilangan audian adalah perkara teknikal yang ditetapkan Mahkamah Syariah yang sah oleh Parlimen,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Menangkis Takrif Kemanusiaan Songsang dan Sokong Sebat Lesbian di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Mohd. Nor Hamzah.
Mustapa Kamal menegaskan kelakuan songsang seperti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) bagi persepsi umat Islam mengikut Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah bertentangan dan melanggar panduan hidup yang digariskan al-Quran dan Sunnah.
Justeru tegasnya, LGBT itu adalah songsang dan aktivitinya menjadi ancaman kepada rakyat Malaysia. – MalaysiaGazette