Home Politik PH Menang cemerlang, berjaya perolehi 85 peratus undi, kata Lim Guan Eng

PH Menang cemerlang, berjaya perolehi 85 peratus undi, kata Lim Guan Eng

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bercakap kepada media pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Balakong di Dewan Utama Demesne Pejabat Daerah Tanah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 18 OGOS 2018
Lim Guan Eng. foto AFFAN FAUZI

BANGI – Lim Guan Eng menyifatkan Pakatan Harapan mencatatkan kemenangan cemerlang dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong hari ini.

Kata Setiausaha Agung DAP itu, calon PH Wong Siew Ki berjaya menambah darisegi peratusan undi yang diprolehi PH dalam PRK kali ini iaitu 85 peratus berbanding Pilihan Raya Umum ke-14.

“Pada PRU14 lalu mendiang Eddie Ng Thian Chee hanya memperolehi 77 peratus walaupun majoritinya 35,538 undi dalam perlawanan tiga penjuru berdepan calon BN dan Pas.

“Tetapi Wong Siew Ki pada PRK hari ini berjaya menambah peratusan itu kepada 85 peratus,” katanya dalam sidang media di Dewan Demesne, Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat di sini.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Pegawai Pengurus SPR PRK DUN Balakong, Datuk Rosli Othman mengisytiharkan Siew Ki berusia 32 tahun itu sebagai pemenang sekitar 9 malam tadi.

Siew memperolehi 22, 508 undi dengan manjoriti 18,533 menewaskan calon MCA Tan Chee Teong yang hanya memperolehi 3975 undi dan 227 undi rosak.

Katanya kemenangan itu disebabkan tiga faktor iaitu pengiktirafan dan kenangan pengundi kepada perkhidmatan cemerlang mendiang Eddie Ng.

“Kedua membuktikan bahawa pengundi menyokong penuh kerajaan Selangor dan Kerajaan Pusat Pakatan Harapan dibawah kepimpinan Tun Dr.Mahathir Mohamad.

“Ketiga kemenangan besar peningkatan peratusan undi yang diperolehi PH kali ini menerusi pengundi yang jelas memberi mesej bahawa mereka mahu bersatu padu bersama PH yanga mewakili semua kaum dan menolak politik sentimen kaum dan kebencian oleh parti lawan,” ujar beliau lagi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengundi Balakong yang membuat pilihan tepat sambil memberi jaminan beliau dan ADUN baharu Siew Ki akan menjalankan tugas dengan penuh komitmen memenuhi aspirasi rakyat jelata.

Ditanya faktor peratusan keseluruhan peratusan mengundi merekodkan terendah dalam sejarah negara iaitu 43 peratus, Guan Eng yang juga Menteri Kewangan berkata faktor pengundi tidak balik mengundi kerana bercuti selepas PRU14 mungkin mendorong kepada peratusan terendah itu.

“Lagipun isu isu mereka yakin bahawa kebanyakan akan sokong PH juga telah menyumbang kepada peratusan undi terendah di Balakong berbanding 62,219 pengundi yang berdaftar.

“Walaubagaimanapun kita harapkan peratusan itu dapat ditingkatkan semula di masa akan datang itu tugas Siew Ki (ADUN) selepas ini.

“Maka selepas ini kita akan teruskan dengan apa yang dilaksanakan selepas membentuk kerajaan Pusat.

“Sebelum ini kami cakap rakyat dengar, kini kami sedia dengar suara rakyat dan buat kerja untuk rakyat,” ujar beliau.

Mengulas lanjut penjelasan kepada rakyat mengenai taklimat cukai SST selama dua minggu kebelakangan ini melibatkan 11,000 orang secara langsung dan ia akan diteruskan secara efektif.-MalaysiaGazette