Home Politik Pergeseran dalam parti adalah perkara biasa dalam proses pemilihan

Pergeseran dalam parti adalah perkara biasa dalam proses pemilihan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Ampang, Yb Zuraida Kamaruddin hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 24 JULAI 2018.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Ampang, Yb Zuraida Kamaruddin hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 24 JULAI 2018.

ALOR SETAR – Pergeseran serta pertelingkahan dalam parti adalah perkara biasa sebelum proses pemilihan berlaku, kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin.

Katanya, situasi sedemikian boleh berlaku kerana ada pihak yang hendak melobi dan menunjukkan kelebihan masing-masing bagi membolehkan mereka dipilih ke dalam sesuatu jawatan.

“Dalam semangat pertandingan ini macam-macam mereka nak cuba melobi kelebihan dan sebagainya, jadi biarkan anggota menilainya sama ada cakap mereka berasas atau cakap sekadar tin kosong.

“Setelah pemilihan berakhir semua akan selesai dan dengan kepimpinan baharu nanti kita akan atur dan susun balik untuk mendapatkan keyakinan rakyat, tapi saya rasa rakyat tidak akan terganggu kerana ini adalah perkara biasa dalam pemilihan parti,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Balai Bomba Penyelamat Jalan Tun Razak, di sini, hari ini.

Semalam, Naib Presiden PKR, Tian Chua membidas seorang pemimpin PKR kerana membuat kenyataan tentang parti yang mungkin tidak boleh diterima oleh rakan-rakan komponen Pakatan Harapan dan orang ramai.

Bekas Ahli Parlimen Batu itu dipercayai merujuk kepada Naib Presiden Rafizi Ramli, yang sebelum ini mengumumkan parti akan mengosongkan satu kerusi Parlimen minggu hadapan untuk membolehkan presidennya, yang dipilih Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertanding dan masuk Parlimen.-BERNAMA