ABUJA – Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh dan beratus-ratus lagi cedera selepas sebuah gas tangki meletup di Nasarawa di utara Nigeria.
Agensi Pengurusan Bencana (SEMA) berkata, kemalangan itu berlaku di stesen minyak di sepanjang jalan Lafia-Makurdi yang menghubungkan Abuja dengan utara dan selatan Nigeria.
Pemangku Pengarah SEMA, Usman Ahmed berkata, tangki itu meletup pada tempat pelepasan gas.
SEMA, katanya, sedang menyiasat insiden tersebut.
“Kami mengesahkan 35 maut dan beratus cedera.
“Mangsa-mangsa yang maut dan cedera adalah mereka yang bergegas ke tempat kejadian untuk menyaksikan apa yang berlaku,” kata Ahmed. – MalaysiaGazette