SINGAPURA – Harga minyak dunia stabil dalam daganagan hari ini, dipacu sekatan industri minyak Iran oleh Amerika Syarikat.
Meskipun begitu, kenaikan harga minyak dikekang oleh kenaikan bekalan oleh pengeluar-pengeluar minyak utama termasuk Arab Saudi dan Amerika Syarikat.
Peningkatan bekalan itu bagi siap sedia gangguan daripada Iran.
Niaga hadapan minyak West Texas Intemediate didagangkan pada AS$67.61 setong, naik AS$0.07 berbanding harga penutup.
Manakala, niaga hadapan Brent lebih tinggi AS$0.11 kepada AS$77.48 setong.
“Prestasi pasaran minyak bercampur-campur,” kata Bank ANZ dalam nota penyelidikannya sambil menyifatkan ia disokong oleh sekatan minyak Iran yang akan dilaksanakan pada November ini. – MalaysiaGazette