TERKINI : “Selagi hayat dikandung badan” – Tokoh Maal Hijrah 1440H/2018M

Tokoh Maal Hijrah 1440H/2018M, Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil berkata wang diperolehi beliau hari ini akan digunakan untuk mencari redha Allah.

Ujar Presiden Kolej Dar al-Hikmah itu berkata anugerah Tokoh Ma’al Hijrah yang diraih beliau akan dijadikan pembakar semangatnya untuk meneruskan perjuangan dalam menegakkan syiar Islam.

“Selagi hayat dikandung badan, saya akan berbuat apa yang boleh, tidak hanya menegakkan syiar, tetapi juga ajaran Islam bersama prinsip dan nilai dasarnya,” katanya kepada media selepas diangkat pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M.