Home Nasional PPKZM sudah bantu 214,000 kanak-kanak miskin sejak 1989

PPKZM sudah bantu 214,000 kanak-kanak miskin sejak 1989

anak-kanak di kawasan Projek Perumahan Rakyat juga tidak dikecualikan dalam menerima bantuan tersebut sekiranya ibu bapa atau penjaga merujuk anak mereka ke klinik kesihatan kerajan dan dikenalpasti layak.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 214,000 kanak-kanak dalam kalangan miskin tegar, miskin dan mudah miskin telah menerima manfaat daripada program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM) sejak 1989.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye sehingga tahun ini, sebanyak RM263 juta telah diperuntukkan bagi PPKZM oleh kerajaan terdahulu.

“Kanak-kanak berumur enam bulan hingga enam tahun daripada keluarga miskin tegar, miskin serta mudah miskin yang hadir ke klinik kesihatan kerajaan dan dikesan mengalami masalah kurang berat badan akan dimasukkan ke dalam PPKZM.

“Peserta program ini akan menerima bantuan makanan asas setiap bulan seperti beras, bilis, minyak masak, biskut, susu tepung penuh krim dan multivitamin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soalan lisan yang diajukan oleh Senator Datuk Abidullah Salleh yang mahu mengetahui jumlah bantuan dan penerima yang memperoleh manfaat daripada PPKZM di Dewan Negara sebentar tadi.

Tambah Boon Chye, rata-rata murid sekolah rendah yang dikenalpasti mempunyai latarbelakang keluarga miskin tegar adalah layak menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di bawah Kementerian Pendidikan.

“K

“Bantuan seperti makanan asas juga diberikan setiap bulan seperti beras, ikan bilis, minyak masak, biskut, susu tepung penuh krim dan multivitamin,” ujarnya.

Jelasnya, kanak-kanak PPR juga tidak dikecualikan dalam meenrima bantuan ini selepas mereka dirujuk ke klinik kesihatan kerajaan. – Malaysia Gazette