Tun Daim Zainuddin mengingatkan pemimpin Melayu dalam kerajaan agar menunaikan segala janji yang pernah diberikan kepada pengundi di kawasan masing-masing.
Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan itu berkata, wakil rakyat yang menipu pengundi terutamanya orang Melayu tidak boleh diterima sebagai pemimpin.