Home Nasional Mahkamah bebaskan bekas isteri CEO Cradle Fund

Mahkamah bebaskan bekas isteri CEO Cradle Fund

Mahkamah Majistret di sini, hari membenarkan permohonan pihak polis untuk menggali semula kubur jenazah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara, Jun lalu.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret hari ini membebaskan bekas isteri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Allahyarham Nazrin Hassan.

Beliau dilepaskan kira-kira pukul 9 malam selepas ditahan reman tujuh hari, menurut laporan FMT.

Ia disahkan oleh peguamnya, LS Leonard.

Bekas isteri Nazri direman tujuh hari sejak 3 September lalu. Bekas suaminya yang juga ditahan dilepaskan Jumaat lalu.

Semalam, mahkamah juga membebaskan dua remaja yang direman berhubung kes kematian yang sama.

Pada Jun lepas, Nazrin mati dalam kebakaran di kediamannya di Petaling Jaya.

Laporan post mortem awalnya mengesyaki mangsa mati akibat letupan dari telefon bimbit namun kemudian mendapati ia merupakan kes bunuh.- MalaysiaGazette