TERKINI : “Biro Politik PKR Yang Buat Keputusan untuk Kosongkan Kerusi PD” – Datuk Saifudin Nasution

Keputusan untuk mengadakan “Langkah Port Dickson” iaitu mengosongkan kerusi Parlimen tersebut bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil telah diputuskan oleh biro politik PKR.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail berkata, biro tersebut turut dianggotai oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin dan Naib Presiden PKR, Tian Chua; dua pemimpin parti yang lantang mengkritik langkah tersebut.