Home Dunia Cacing hidup ditemui dalam otak penggemar makanan panggang

Cacing hidup ditemui dalam otak penggemar makanan panggang

Cacing yang ditemui dalam otak seorang pesakit lelaki di China. foto Agensi

BEIJING – Sekumpulan doktor di tenggara China berjaya mengeluarkan cacing hidup sepanjang 10 sentimer daripada otak seorang lelaki.

Parasit itu ditemui oleh pakar-pakar hospital di Nanchang, di wilayah Jiangxi selepas beberapa doktor gagal menemui punca mengapa seorang lelaki berusia 26 tahun mengalami epilepsi.

Pesakit yang dikenali dengan nama Liu menjalani pembedahan di hospital pada Isnin lalu dan doktor menemui cacing Spirometra mansoni pada otaknya.

Cacing itu dipercayai hidup dalam otak Liu daripada makanan tercemar atau makanan yang kurang masak yang dimakannya.

Liu penggemar makanan yang dipanggang dan kerap memakannya. – MalaysiaGazette