Home Dunia Florence boleh ancam banyak nyawa

Florence boleh ancam banyak nyawa

Ombak besar yang mencetuskan paras air laut tertinggi dijangka berlaku di Pelabuhan Klang mulai esok.
Ombak besar yang mencetuskan paras air laut tertinggi dijangka berlaku di Pelabuhan Klang mulai esok.

CAROLINA – Taufan Florence, yang semakin menghampiri Pantai Timur Amerika Syarikat boleh membunuh banyak orang.

Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (Fema) berkata, ribut itu dijangka membawa bencana banjir ke kawasan pedalaman.

Hampir 1.7 juta orang di sepanjang pantai utara Carolina, selatan Carolina dan Virginia telah diperintahkan untuk berpindah.

Angin kencang dan hujan lebat telah mula melanda pantai utara Carolina, menyebabkan beberapa banjir awal.

Kira-kira 11,000 penduduk telah mengalami gangguan bekalan elektrik.

Taufan Florence bertiup dari timur Pantai Myrtle di selatan Carolina pada 21:00 GMT dan dijangka tiba pada pukul 8 pagi waktu tempatan.

Florence yang dikategorikan taufan kedua dengan kelajuan 165 kilometer sejam dan Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat tidak menjangkakan kekuatan taufan itu bertambah. – MalaysiaGazette