KUALA LUMPUR – Penyanyi popular Anuar Zain terpaksa mengakui kelebihan media sosial kepada golongan artis apabila akhirnya membuka akaun peribadi Instagramnya.
Anuar sebelum ini menggunakan akaun @anuarzainnetwork untuk mempromosikan hasil kerjanya bersama peminat.
Penyanyi yang popular dengan lagu Lelaki Ini mula menggunakan aplikasi itu sejak 12 September lalu.
“Finally… My first post! Hello everyone!” tulisnya bersama sekeping foto throwback hitam putih ketika zaman kanak-kanak.
Akaun yang menggunakan nama @anuarzain70 itu sehingga kini memuatkan lima keping foto dengan jumlah pengikut 2,000 orang.
Anak saudaranya yang juga penyanyi Ernie Zakri turut mempromosi akaun Instagram itu menerusi Instastory malam tadi.
Sementara itu, akaun @anuarzainnetwork yang mempromosikan hasil kerjanya bersama peminat ditubuhkan sejak 7 September 2016. – MalaysiaGazette