SEOUL – Korea Selatan melancarkan kapal selam yang merupakan
dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan pertahanan bawah lautnya.
Majlis pelancaran kapal selam diesel-elektrik yang diberi nama
Dosan Ahn Chang-ho itu berlangsung di Pulau Geoje yang terletak di selatan negara itu, lapor agensi berita Yonhap.
“Kapl selam Dosan Ahn Chang-ho merupakan kapal selam kelas
pertengahan tentera laut yang dibina dengan gabungan teknologi terkini,” kata tentera laut dalam kenyataan.
Kapal selam sepanjang 83.3 meter dan 9.6 meter lebar itu mampu membawa 50 krew dan ia dilengkapi dengan enam tiub pelancar menegak bagi pelancaran peluru berpandu balistik dari kapal selam ke daratan dan boleh beroperasi dalam laut selama 20 hari tanpa
timbul di permukaan air, jelas para pegawai.
Kapal selam pertama dijangka dihantar kepada tentera laut pada Disember 2020 selepas ujian terhadapnya selesai dilakukan.
Kapal selam yang berharga 1 trilion Won itu dijangka memulakan opertasi pada Januari 2022. – Agensi