KUALA LUMPUR – Pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella mendedahkan berat badannya naik setelah setahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Engku Emran.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di YouTube, Laudya menjelaskan berat badannya meningkat sebanyak enam kilogram.
“Ketika mendirikan rumah tangga pada tahun lalu, berat badan saya ialah 49 kilogram (kg).
“Sekarang ini saya sudah tidak memiliki pinggang ramping seperti dulu dan berat sekarang ialah 55 kilogram.
“Bukan hanya saya seorang yang naik berat badan malah suami juga mengalami perkara yang sama,” katanya
Pasangan Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella mendirikan rumah tangga pada 8 September tahun lalu.
Engk Emran merupakan bekas suami pelakon Erra Fazira. – MalaysiaGazette