KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, Cheong Chee Khing enggan mengesahkan bahawa gambar curang dengan seorang wanita baru-baru ini adalah dirinya.
Bagaimanapun, Chee Khing bertindak membuat satu laporan polis berhubung penularan gambar seorang lelaki menyerupainya berada dalam keadaan mengaibkan dengan seorang wanita, yang tersebar melalui media sosial sejak beberapa hari lalu.
“Sekarang, kes ini berada dalam siasatan polis, jadi saya tidak boleh komen mengenainya (sehingga polis selesai menjalankan siasatan),” katanya memetik laporan Harian Metro Online.
Beberapa gambar yang menyerupai beliau dengan seorang wanita bogel tersebar melalui Facebook baru-baru ini.
Dalam entri berkenaan, seorang wanita yang mendakwa isteri kepada Chee Khing milik wanita yang mendakwa sebagai isteri Chee Khing menulis dalam bahasa Mandarin dan Melayu memberi peringatan kepada mana-mana wanita lain agar tidak mengganggu suaminya.
Malah wanita berkenaan turut berkata, ramai wanita cuba merobohkan rumah tangga mereka dan beliau sudah biasa dengan keadaan begitu dan menolak Chee Khing akan menceraikannya.
Dalam laporan berkenaan, penularan gambar berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan pemilihan DAP Perak yang akan diadakan pada 14 Oktober ini.
Laporan yang memetik sumber itu berkata, Chee Khing dikaitkan dengan pasukan yang diketuai Naib Pengerusi DAP kebangsaan, M Kulasegaran dan Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su Keong Siong.
Pasukan itu dipercayai tidak sehaluan dengan satu lagi pasukan diketuai Timbalan Setiausaha Agung yang juga Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming, bersama sepupunya yang juga Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham. – MalaysiaGazette