Home Seni Hidup Apple Watch terbaharu miliki ECG

Apple Watch terbaharu miliki ECG

Apple
Dengan hanya meletakkan jari di bahagian sisi jam pintar Apple Watch selama 30 saat, pengguna boleh mendapatkan kiraan degupan dan ritma jantung melalui ECG.

CALIFORNIA – Apple berjaya menghasilkan sensor elektrokardiogram (ECG) paling kecil di dalam jam pintarnya, Apple Watch.

Dengan hanya meletakkan jari di bahagian sisi jam selama 30 saat, pengguna boleh mendapatkan kiraan degupan dan ritma jantung melalui ECG.

Ia merupakan syarikat pertama yang membina sensor sedemikian pada seutas jam pintar.

Data degupan dan ritma jantung boleh dilihat dan dikongsi bersama doctor menerusi Health app.

Generasi keempat Apple Watch memiliki skrin 30 peratus lebih luas walaupun mempunyai dimensi yang sama kerana paparannya mempunyai lekuk sehingga ke sisi. Jam pintar ini juga dikatakan lebih nipis berbanding generasi sebelumnya.

Speaker binaan dalaman juga 50 peratus lebih kuat manakala bateri jam mampu bertahan sehingga 18 jam walaupun memiliki lebih banyak perisian dan perkakasan.

“Apple Watch bukan sahaja jam pintar nombor satu malah merupakan jam nombor satu di dunia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc., Tim Cook ketika memperkenalkan generasi terkini siri jam pintar syarikat tersebut. – MalaysiaGazette