Home Dunia Lelaki maut dibaham jerung

Lelaki maut dibaham jerung

Lelaki yang menjadi mangsa serangan jerung di Pantai Newcomb Hollow dikejarkan ke hospital oleh kumpulan paramedik. foto Agensi

MASSACHUSETTS – Seorang lelaki maut selepas diserang ikan jerung di Pantai Newcomb Hollow.

Lelaki berusia 20-an itu berjaya dikeluarkan dari air dan diberi bantuan kecemasan tetapi disahkan meninggal dunia di hospital.

Kejadian itu berlaku pada waktu tengah hari itu semasa mangsa sedang meluncur.

Ia adalah kemalangan kali pertama berlaku sejak tahun 1936.

Susulan kejadian itu, pantai berkenaan akan ditutup dalam tempoh 24 jam.

Seorang saksi berkata:”Hanya satu letusan besar air, 15 kaki lebar, saya melihat ekor dan kocakan meronta-ronta

“Dalam bahasa badan menunjukkan ada sesuatu yang tidak baik berlaku dalam air,” kata Joe Booth.

Jerung putih didakwa muncul di Cape Cod sejak tahun ini.

Pada bulan Ogos lalu, seorang lelaki lain yang merupakan ahli neurologi berusia 61 tahun, William Lyton, diserang jerung hanya enam batu dari kejadian terbaru.

Dia mengalami kecederaan teruk di kakinya dan masih dalam rawatan di hospital. – MalaysiaGazette