Home Dunia Mangkhut melanda Hong Kong pula

Mangkhut melanda Hong Kong pula

Tingkap-tingkap pada bangunan di Hong Kong dilekatkan dengan pita sebagao persediaan menghadapi angin kuat . foto Agensi

HONG KONG – Taufan Mangkhut kini menuju ke Hong Kong dan pantai China pada hari ini, selepas melanda Filipina.

Ribut tropika Mangkhut dianggap paling kuat pada tahun ini, membawa angin dengan kelajuan lebih 200 kilometer sejam bersamaan dengan kategori 5 ribut kuat di Atlantik.

Pihak berkuasa Filipina mengesahkan 6 orang terbunuh dalam tanah runtuh dengan empat lagi hilang, manakala seorang lagi ditemui mati di sebuah sungai di Manila.

Mangkhut diambil dalam bahasa Thailand sempena nama buah manggis.

Dengan kelajuan 100 kilometer, taufan itu akan melanda selatan Hong Kong dan wilayah Guangdong dan di tengah Macau.

Hong Kong telah menaikkan isyarat kedua dua tertinggi nombor 9, yang dijangka meningkat dalam masa beberapa jam apabila gelombang kuat melanda kawasan yang rendah dan angin kencang yang kuat membelah bangunan pencakar langit.

Sesetengah penduduk telah dipindahkan dari kawasan rendah.

Beribu-ribu orang terpaksa menangguhkan perjalanan selepas lapangan terbang antarabangsa Hong Kongmembatalkan kebanyakan penerbangan. – MalaysiaGazette