Home Ekonomi Niaga hadapan KLCI dijangka positif

Niaga hadapan KLCI dijangka positif

Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan positif minggu depan dengan sentimen pasaran secara keseluruhan lebih baik, berikutan keyakinan baharu mengenai perdagangan AS-China dan langkah Turki untuk menaikkan kadar faedah.

Pasaran ditutup pada Isnin dan Selasa berikutan cuti umum.

Ia akan ditutup semula pada 17 Sept (Isnin) sempena Hari Malaysia.

Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan positif minggu depan dengan sentimen pasaran secara keseluruhan lebih baik, berikutan keyakinan baharu mengenai perdagangan AS-China dan langkah Turki untuk menaikkan kadar faedah.

Pasaran ditutup pada Isnin dan Selasa berikutan cuti umum.

Ia akan ditutup semula pada 17 Sept (Isnin) sempena Hari Malaysia.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, September 2018 naik tujuh mata kepada 1,798.0, Oktober 2018 menambah 8.5 mata kepada 1,794.5, Disember 2018 meningkat lapan mata kepada 1,790.0 dan Mac 2019 menokok 12.5 mata kepada 1,787.5.

Jumlah dagangan bagi minggu ini susut kepada 29,384 lot daripada 33,488 lot, manakala kepentingan terbuka naik kepada 30,627 kontrak daripada 27,437 kontrak.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat juga, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI ditutup tinggi 4.59 mata kepada 1,803.76.- MalaysiaGazette