Home Nasional Billion Dollar Whale sekadar ‘sejarah segera’ yang tidak laku – Jho Low

Billion Dollar Whale sekadar ‘sejarah segera’ yang tidak laku – Jho Low

Ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikehendaki oleh kerajaan Malaysia tampil membidas buku ‘Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World’ sebagai ‘sejarah segera’ yang cuba diada-adakan oleh pihak tertentu.
Ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikehendaki oleh kerajaan Malaysia tampil membidas buku ‘Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World’ sebagai ‘sejarah segera’ yang cuba diada-adakan oleh pihak tertentu.

KUALA LUMPUR –  Ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikehendaki oleh kerajaan Malaysia tampil membidas buku ‘Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World’ sebagai ‘sejarah segera’ yang cuba diada-adakan oleh pihak tertentu.

Jho Low yang turut dikaitkan dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendakwa buku hasil tulisan Bradley Hope dan Nicholas T. Wright yang diterbitkan Selasa lalu sebagai tidak lebih daripada ‘gosip serta dakwaan palsu’ tentang dirinya sahaja.

Jelasnya menerusi laman web peribadinya di www.jho-low.com itu, penulis buku tersebut tidak berniat untuk menyelesaikan sebaliknya hanya mahu mencipta kebanyakkan transaksi yang dibuat oleh institusi kewangan global, dana kekayaan dan para pengurus 1MDB.

“Jho Low sendiri seperti hilang dari naratif cerita sebaliknya hanya dituduh tanpa sebarang bukti dan dikatakan bertanggungjawab penuh dengan setiap dakwaan ‘penipuan’ itu.

“Buku tersebut sebenarnya telah memberikan kebebasan kepada penulis bercakap tentang selebriti, model serta parti Jho Low tanpa menyatakan sebarang bukti yang kukuh,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, The Financial Times sendiri telah menulis ulasan buku yang mendedahkan kisah yang diceritakan itu tidak akan sesekali boleh melakukan jualan.

“Buku itu menurut The Financial Times bukan sahaja tidak akan melakukan jualan besar malah tidak akan berjaya menarik minat penerbit filem. Buku ini di tulis melalui gossip dan bukannya berdasarkan fakta semata-mata,” ujarnya.

Jho Low menjadi topik utama dalam buku tersebut yang didakwa dan dituduh telah merompak berbilion ringgit dari 1MDB yang merupakan dana negara.

Laman tersebut yang secara tiba-tiba menjadi aktif sejak semalam sebelum ini hanya mengeluarkan kenyataan tertera, ‘selamat datang ke laman sesawang peribadi Jho Low , seorang dermawan dunia, pelabur serta usahawan.

Bagaimanapun, sejak bulan lalu laman sesawang itu tidak mempunyai sebarang aktiviti selain daripada kenyataan tersebut.

Namun hari ini, 17 September, kenyataan dalam laman yang boleh diakses kini memberitahu pihaknya menyediakan maklumat dan fakta, dokumen mahkamah selain daripada bahan-bahan berkaitan Jho Low.

Laman itu turut menyebut Jho Low yang disifatkan sebagai seorang pelabur, dermawan dunia selain ahli perniagaan merupakan salah seorang daripada individu yang dikenalpasti terlibat dalam skandal terbesar 1MDB. – MalaysiaGazette

Saya tidak bersalah, kata Jho Low dalam laman sesawangnya

Jho Low