Home Nasional Clare Rewcastle Brown ditahan di Singapura

Clare Rewcastle Brown ditahan di Singapura

Editor The Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown menunjukkan buku The Sarawak Report pada Majlis Pelancaran The Sarawak Report :The Inside Story of the 1MDB Expose di Grand Ballroom, Hotel Sheraton, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 08 SEPTEMBER 2018
Editor The Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown menunjukkan buku The Sarawak Report pada Majlis Pelancaran The Sarawak Report :The Inside Story of the 1MDB Expose di Grand Ballroom, Hotel Sheraton, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 08 SEPTEMBER 2018

SINGAPURA – Pengarag Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown ditahan di Singapura. menurut Facebook Sarawak Report.

Brown ditahan pada pukul 1 pagi Sabtu lalu selepas pelancaran bukunya.

“Didapati ‘seseorang’ meletakkannya di senarai hitam pada tahun 2016 tetapi pihak berkuasa Singapura bingung mengapa namanya berada dalam senarai itu. Selepas menjelaskan penglibatannya dalam pendedahan 1MDB, mereka membebaskannya, menurut Sarawak Report.

Sarawak Report mendakwa, ada pihak memaklumkan Clare telah menimbulkan masalah, mendorong wanita itu disenaraikanhitamkan.

Sarawak Report yang dikendalikan oleh Brown, terlibat dalam pendedahan skandal 1MDB.

Clare telah melancarkan buku ‘The Sarawak Report’ di Malaysia pada 8 September lalu yang menceritakan pengalamannya mendedahkan skandal tersebut.

Schillings, firma undang-undang yang berpangkalan di London yang mewakili ahli perniagaan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, cuba mengharamkan buku tersebut dan Billion Dollar Whale oleh Tom Wright dan Bradley Hope dari The Wall Street Journal daripada dijual.

Jho Low adalah individu yang paling dikehendaki oleh beberapa negara berhubung siasatan kes 1MDB. – MalaysiaGazette