Home Dunia Lagi dana bantuan kemanusian Palestin dihentikan AS

Lagi dana bantuan kemanusian Palestin dihentikan AS

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) yang diterajui oleh Presiden Donald Trump, sekali lagi membuat kejutan sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat Palestin apabila sekali lagi membuat pendedahan akan menghentikan lagi dana bantuan tambahan,

Agensi melaporkan, terbaru, kerajaan AS bertindak memotong bantuan tambahan kepada rakyat Palestin bagi program-program sokongan resolusi konflik dengan Israel sebanyak AS$10 juta (RM41.4 juta).

Menurut jurucakap pegawai kedutaan AS, dana kewangan yang diperuntukkan untuk rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza akan mula disalurkan untuk program-program kebajikan yang lain.

Bagaimanapun, tidak pula dijelaskan bilakah keputusan baru itu akan berkuatkuasa dan sama ada dana berkaitan bantuan keselamatan rakyat Palestin juga akan terjejas pada masa akan datang.

“Seperti yang diumumkan pada Ogos, pentadbiran telah memindahkan saluran lebih daripada AS$200 juta (RM1.71 bilion) yang pada asalnya untuk program-program di Tebing Barat dan Gaza,” katanya dalam kenyataan.

Trump dengan lantang baru-baru ini telah mengumumkan sekatan bantuan dengan tujuan memaksa rakyat Palestin berunding kerana Rumah Putih.

Rumah Putih dalam teraju Trump kini dalam perancangan satu rundingan damai dengan Timur Tengah dengan menggelarnya ‘rundingan terakhir’.

Kepimpinan Palestin pula telah  memutuskan hubungan dengan Rumah Putih selepas Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel pada Disember tahun lalu.

Trump didakwa secara terang-terangan menyebelahi Israel selain daripada memaksa Palestin untuk menerima apa jua syarat yang dikenakan oleh Trump ketika ini. – Malaysia Gazette