Home Dunia CAAS siasat juruterbang gagal ujian alkohol

CAAS siasat juruterbang gagal ujian alkohol

SIA
Singapore Airlines

SINGAPURA- Pihak berkuasa penerbangan Singapura melancarkan siasatan terhadap juruterbang Singapore Airlines (SIA) yang ditangkap di Australia Sabtu lalu kerana gagal ujian alkohol sebelum berlepas.

Menurut Pengarah SIA, ia merupakan kali pertama dalam tempoh 10 tahun Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) menjalankan siasatan tersebut.

SIA yang telah menggantung juruterbang tersebut dan dalam masa yang sama memulakan siasatan dalam berhubung insiden berkenaan.

“Penyalahgunaan dadah atau alkohol oleh juruterbang adalah satu kesalahan serius,” kata Foo yang dipetik dari The New Straits Times.

Di bawah Peraturan Navigasi Udara Singapura, kesalahan tersebut boleh dikenakan penalti maksimum yang membawa hukuman denda sehingga S$100,000 dan lima tahun penjara.

Syarikat-syarikat penerbangan di Singapura perlu memastikan krew penerbangan tidak meminum arak sekurang-kurangnya lapan jam sebelum bertugas bagaimanapun SIA sendiri mewajibkan anak-anak kapalnya tidak mengambil minuman keras sekurang-kuranganya 10 jam sebelum bertugas.

Juruterbang atau anak kapal boleh membuat laporan kepada CAAS sekiranya mengesyaki terdapat dalam kalangan petugas penerbangan berada di bawah pengarah alkohol atau dadah.-MalaysiaGazette