Home Politik Mustahil untuk tangguh, pemilihan cabang PKR bermula 22 Sept

Mustahil untuk tangguh, pemilihan cabang PKR bermula 22 Sept

Polis Melaka menerima 10 laporan berkaitan Pemilihan PKR 2018 negeri yang diadakan pada Sabtu lepas (20 Okt), kata Ketua Polis Melaka Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah.
Polis Melaka menerima 10 laporan berkaitan Pemilihan PKR 2018 negeri yang diadakan pada Sabtu lepas (20 Okt), kata Ketua Polis Melaka Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah.

PETALING JAYA – Maklum wujudnya cadangan agar Pemilihan PKR ditangguhkan demi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, namun Datuk Rashid Din menganggapnya sebagai mustahil.

Sekalipun perkara tersebut beberapa kali dibangkitkan, namun sekali lagi Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) itu menegaskan perkara itu tidak akan berlaku.

“Tidak. Yang PRK, itu PRK. Yang ini tidak akan ditangguhkan. Kita tidak akan tangguhkan.

“Walaupun ada yang beri cadangan untuk itu tapi tidak akan,” katanya ketika ditanya kemungkinan parti itu akan memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melalui pertandingan PRK di Port Dickson sebelum pemilihan parti diteruskan.

Terdahulu Rashid mengumumkan tarikh pengundian bagi semua peringkat Majlis Pimpinan Pusat dan Cabang akan bermula 22 hingga 28 September.

Katanya bagi Pulau Pinang danĀ  Kedah (22 September) manakala 23 September untuk pengundian di Perlis dan Perak.

Pulau Pinang, katanya, menerima 750 pencalonan, Kedah, 940, Perlis 141 manakala Perak pula 1460 pencalonan.

Anwar sebelum ini juga pernah berkata bahawa Pemilihan PKR perlu diteruskan ekoran kempen sudah berlangsung kira-kira sebulan dan anggota serta jentera parti kini boleh meletakkan fokus kepada PRK Port Dickson yang akan diadakan nanti.

Selepas pengumuman pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson pada 13 September yang lalu oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin menyuarakan gesaan agar JPP menangguhkan proses pemilihan sehingga PRK PD selesai. -MalaysiaGazette