ANKARA – Presiden Turki memberitahu beliau telah menerima sebuah pesawat bernilai AS$500 juta oleh pemerintah Qatar.
Recep Tayyip Erdogan berkata, Sheikh Tamim Al Thani telah menyumbang pesawat Boeing 747 -81 kepada Turki selepas mendapat tahu negara itu berminat untuk membelinya.
Turki adalah sekutu Qatar.
Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Bahrain telah memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara yang kaya dengan sumber minyak itu selepas Qatar didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Iran dan menyokong keganasan.
Bagaimanapun Qatar menafikan semua dakwaan itu.
Turki adalah negara yang telah menghantar makanan menerusi laut dan udara selepas Qatar mengalami kekurangan bekalan makanan selepas sempadan darat ditutup dan kapal-kapalnya tidak dibenarnya mendarat di kebanyakan pelabuhan negara Teluk.
Pesawat Boeing 747-8i digambarkan sebagai sebuah pesawat yang sangat besar dan paling mahal di dunia.
Pesawat itu dilaporkan dihantar ke Qatar pada tahun 2015, setelah diubah suai untuk 76 penumpang berbanding 400 untuk kapasitinya.
Jet itu dilengkapi dengan beberapa bilik, lounge, tempat duduk kelas pertama dan sebuah klinik.
Erdogan berkata, Sheikh Hamad yang mahu beliau menerima pesawat berkenaan.
Ahli-ahli Parlimen pembangkang melahirkan kebimbangan dengan tindakan Erdogan yang menggunakan wang pembayar cukai untuk membeli pesawat tersebut ketika Turki bergelut dengan krisis kewangan.
Mereka mempersoalkan sama ada pesawat berkenaan dibeli oleh Turki.
“Beliau (Sheikh Hamad) memberitahu, beliau tidak akan mengambil duit dari Turki. Saya memberi pesawat ini sebagai hadiah,” kata Erdogan yang memetik kenyataan Sheikh Hamad. – MalaysiaGazette