Beijing- Monclear, Christian Dior, Hermes dan Tiffany & Co antara jenama terkenal dunia yang memasuki pasaran dalam talian bagi merebut pasaran China bernilai AS$37 bilion yang merangkumi kira-kira 50 juta orang setakat ini- satu jumlah tertinggi orang-orang kaya-di antara seluruh negara di dunia.
Malah mereka lebih muda, lebih cekap menggunakan teknologi berbanding rakan-rakan sebaya di negara lain.
Eksperimen untuk memikat hati anak-anak muda China ini masih di peringkat awal dan hanya segelintir daripada golongan tersebut membeli barangan berjenama dalam talian setakat ini.
“Dalam kalangan pelanggan antarabangsa, rakyat China antara yang paling dipacu oleh penggunaan digital.
“Teknologi berkaitan jual-beli melonjak di China sejak beberapa tahun lalu.
“Cabaran kami sudah tentunya mencari peluang di dalam perubahan teknologi ini untuk mencipta satu pengalaman e-dagang digital baharu,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Monclear.
Monclear ketika ini mempunya kedai alam maya di WeChat, salah satu platform media sosial paling terkenal di China.
Ia juga sedang membina kedai “pop up” di Tmall, sebuah laman e-dagang yang dimiliki oleh Alibaba Group.
Lebih 80 peratus daripada pelanggan barangan berjenama di China berusia di antara 25 sehingga 44 tahun dan mereka suka melancong serta membeli-belah di luar negara yang mana hanganya lebih murah di samping dapat mengelakkan daripada membeli barangan tiruan yang banyak terdapat di negara tersebut.
Separuh daripada pelanggan China yang berusia 20 sehingga 49 tahun melakukan pembelian barangan mewah di dalam talian, demikian menurut kajian Mintel Group yang berpangkalan di London. – Agensi