SYDNEY – Sekurang-kurangnya lapan orang dikejarkan ke hospital apabila gas toksik tersebar melalui sistem penghawa dingin bangunan menyebabkan penghuni-penghuni sesak nafas.
Ia berlaku apabila seorang pekerja secara tidak sengaja mencampurkan klorin kolam dan asid hidroklorik, digunakan sebagai agen pembersih.
Campuran itu telah menghasilkan gas hidrogen klorida.
Penguasa New Ambulance New South Wales, Steve Vaughan berkata, gas yang tersebar melalui sistem pendingin hawa Hotel Pullman itu telah memberi kesan kepada 30 orang penghuni yang mengalami gatal mata dan kesukaran bernafas.
Lapan orang termasuk pekerja yang melakukan campuran kimia itu kini dilaporkan stabil selepas diberi rawatan.
Seorang tetamu, Mathais Otterstedt memeberitahu, orang ramai batuk di luar koridor selepas terbau klorin di udara.
“Baunya cukup kuat menyebabkan tetamu hotel terpaksa menutup muka apabila menyedari berlaku sesuatu yang tidak kena,” ujarnya. – MalaysiaGazette