KUALA LUMPUR – Kediaman ibu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diserbu polis hari ini.
Difahamkan, serbuan rumah Tun Rahah Mohamed Noah di Jalan Eaton di sini ada kaitan dengan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan anaknya yang ketika itu sedang menghadapi 25 di mahkamah.
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengesahkan perkara itu.
Beliau turut memaklumkan bahawa polis tidak mengambil apa-apa dari rumah Tun Rahah.
“Ya, sangat penting bagi mereka untuk ‘menakutkan’ wanita itu (Tun Rahah) dan mereka tidak menemui apa-apa di rumahnya,” kata peguam itu seperti dipetik daripada FreeMalaysiaToday hari ini.
Najib hari ini berhadapan dengan 25 pertuduhan dikenakan di mahkamah dan menjadikan bekas Presiden UMNO itu mempunyai sebanyak 32 pertuduhan kesemuanya termasuk pendakwaan sebelum itu.-MalaysiaGazette