MUMBAI – Kira-kira 30 penumpang Jet Airways yang dalam penerbangan dari Mumbai ke JaipUr mengalami pendarahan telinga dan hidung berikutan tekanan rendah dalam kabin.
Pesawat Boeing, B737 yang sedang melakukan pendakian itu berpatah balik
dan mendarat di Mumbai di mana penumpang terbabit menerima rawatan di
lapangan terbang.
Penerbangan 9W697 yang berlepas dari Mumbai pada pukul 6 pagi itu membawa 166 penumpang dan lima anak kapal.
Sumber memberitahu rangkaian televisyen India Today bahawa semasa pendakian, krew pesawat tersebut terlupa untuk menghidupkan ‘bleed switch’.
Berikutan itu, tekanan udara dalam kabin jatuh dan topeng oksigen dikeluarkan. Rakaman video dalam kabin menunjukkan para penumpang duduk dan memakai topeng itu.
Sementara itu, Jet Airways yang mengesahkan insiden tersebut berkata, juruterbang terbabit telah digantung tugas, tertakluk kepada siasatan.
“(Pesawat) itu berpatah balik berikutan kehilangan tekanan udara dalam kabin (dan) mnendarat secara normal di Mumbai
“Semua penumpang selamat dikeluarkan daripada pesawat dan dibawa ke
terminal. Bantuan kecemasan dilakukan dan terdapat penumpang yang mengadu sakit telinga dan pendarahan hidung,” kata jurucakap Jet
Airways. – Agensi