Home Utama Tun M malu peminjam enggan bayar PTPTN

Tun M malu peminjam enggan bayar PTPTN

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kembali menghadiri mesyuarat ASEAN selepas 15 tahun berkata Malaysia amat bimbang dengan aliran mega global terkini yang melibatkan perang perdagangan antara kuasa-kuasa utama dunia.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kembali menghadiri mesyuarat ASEAN selepas 15 tahun berkata Malaysia amat bimbang dengan aliran mega global terkini yang melibatkan perang perdagangan antara kuasa-kuasa utama dunia.

KUALA LUMPURĀ – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyalahkan rakyat Malaysia kerana gagal membayar semula pinjaman pendidikan yang kini mencecah RM36 bilion hutang tertunggak.

Mahathir berkata, beliau berasa malu dengan sikap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang enggan melunaskan hutang pendidikan mereka walaupun mampu membayarnya.

“Saya malu (mereka tak bayar walaupun mampu), mereka memperoleh pendapatan, mereka mendapat bayaran baik, tapi mereka tak rasa nak bayar.

“Kalau bayar hanya RM100 sebulan dan mendapat gaji RM2,000 sebulan, apalah sangat nilai RM100 itu untuk bayar pinjaman pendidikan, tapi mereka tak bayar

“Kenapa? Ini kerana mereka tidak amanah dan tidak boleh dipercayai,” katanya ketika berucap pada pelancaran Hari Jepun MJIIT dan Residensi UTMKL, di sini, hari ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menurunkan tandatangan sebagai gimik pelancaran Hari Jepun MJIIT dan Residensi UTMKL di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 20 SEPTEMBER 2018

Beliau mengulas kegagalan kira-kira 433,000 peminjam PTPTN yang sehingga kini masih gagal membuat bayaran balik pinjaman pendidikan mereka sejak 31 Mei lalu.

Bagaimanapun kenyataan Mahathir hari ini dilihat seolah-olah menyerang secara terang-terangan kepada kepada hampir setengah juta peminjam PTPTN di hadapan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

PTPTN tangguh bayaran, bebas sekatan serta-merta

Sikap Mahathir itu juga bertentangan dengan janji 100 Hari Pakatan Harapan (PH) pada Pilihanraya Umum ke-14 lalu yang berjanji menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan.

Sebelum ini Maszlee berkata, Kementerian Pendidikan memerlukan sedikit masa lagi untuk mencari jalan terbaik termasuk mekanisme pelaksanaan penangguhan bayaran itu bagi menunaikan janji itu.

Mahathir juga kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab peminjam terlibat sedangkan kerajaan sudah berbelanja besar untuk memberi pendidikan kepada masyarakat termiskin di negara ini.

“Kita berikan biasiswa, kita belanja besar supaya mereka boleh peroleh pendapatan lebih baik dan perbaiki gaya hidup mereka.

“Mereka melanjutkan pelajaran di dalam negara dan luar negara menggunakan biasiswa yang diberikan kepada mereka, sebenarnya pinjaman (PTPTN) diberi kepada mereka.

“Malangnya bila mereka balik (Malaysia) bila kita nak kutip balik pinjaman yang diberikan, kita ada RM36 bilion pinjaman tidak berbayar kepada PTPTN,” katanya.

Katanya, rakyat tidak boleh menyalahkan kerajaan apabila mereka tidak diberikan pinjaman pendidikan kerana rekod lalu menunjukkan majoriti peminjam yang engkar itu daripada kaum majoriti di negara ini.

“Bila perkara itu berlaku, ini akan merujuk kaum tertentu (Melayu), mereka yang bila pinjam duit tapi tak bayar balik pinjaman.

“Bila orang tak nak beri pinjaman, mereka tak boleh marah kerana rekod mereka tidak boleh dipercayai kerana tidak mahu membayar balik pinjaman walaupun mereka ada duit,” katanya. – MalaysiaGazette